Program Sijil Falak anjuran UDM adalah kesinambungan kepada Program Sijil Falak yang telah dimulakan sejak tahun 1991 oleh Unit Falak, Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) sebelum ini. Penawaran Program Sijil Falak ini adalah salah satu usaha Unit Falak memenuhi objektif UDM untuk melahirkan pemimpin dalam pelbagai bidang melalui rekayasa ilmu, menggalakkan keterbukaan, menanam sikap kebertanggungjawaban dan menghargai kepelbagaian demi manfaat manusiawi. Melalui program ini, peserta akan didedahkan dengan pelbagai aspek berkaitan ilmu falak dengan pengkhususan kepada bidang tugas sebagai pegawai falak di jabatan masing-masing. Pengkhususan ini dibuat berdasarkan latarbelakang peserta yang merupakan pegawai falak di Jabatan Mufti negeri-negeri. Peserta bagi sesi pengajian 2008/2009 kali ini datang dari Pejabat Mufti Negeri Sabah, Wilayah Persekutuan, Jabatan Mufti Selangor dan Perak. ( pautan : www.falak.udm.edu.my )

.png)
Kuala Terengganu Time