MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA & CERAMAH MOTIVASI anjuran MPP UDM & KASTRO(Kelab Astronomi UDM)

MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA & CERAMAH MOTIVASI anjuran MPP UDM & KASTRO(Kelab Astronomi UDM) pada 21 oktober 2009 di DABS.
Tentatif Program :

7.00 p.m: Solat Maghrib
7.15 p.m: Bacaan Yaasin & Tahlil
8.00 p.m: Solat Isya'
8.15 p.m: Solat Hajat
8.30 p.m: Ceramah
9.30 p.m: Persembahan Nasyid

p/s:segala makluman atau perubahan akan diberitahu.Harap maklum

Meteor Perseids kembali! - falak online-


Meteor Perseids sudah kembali! Menjelang 12 Ogos ini, bilangan meteor daripada juraian bernama Perseids akan bertambah dari sehari ke sehari. Laporan daripada International Meteor Organization menunjukkan bahawa secara puratanya, 10 meteor sejam sudah mula kelihatan sekarang. Dan ia dijangka akan bertambah sehingga 200 meteor sejam menjelang jam 2 petang waktu Malaysia pada 12hb Ogos nanti.

Konvesyen & Ekspo ASTRONOMI Negeri Perak



Seperti perkara di atas. Dengan ini perkara tersebut akan dilaksanakan :

Tarikh : 8-9 Ogos 2009
Lokasi : Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Latar belakang

Penganjur Bersama : Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Jabatan Mufti Perak Darul Ridzuan
Institut Ukur Dan Tanah Negara (INSTUN)

Dengan Kerjasama : Falak Online
Kelab Astronomi UPSI

AKTIVITI

- Ceramah
- Bengkel Falak
- Bengkel Astronomi
- Talk Show GERHANA 2009
- Pameran Falak & Astronomi
- CERAPAN PERDANA
- Kuiz Astronomi
- Pertandingan Mewarna
- Pertandingan Roket Air
- ASTRORACE

Untuk menyertai konvensyen ini sekira ada maklumat atau surat jemputan yang diperlukan harap maklumkan melalui email : muzzamir14@yahoo.com.

Bulan di siang hari ( Administrator Unit Falak )

Rembulan kesiangan.

Istilah ini selalu ditemui dalam penulisan sastera, atau paling tidak, novel. Menggambarkan situasi seseorang yang tidak dipedulikan. Malah dilihat tidak memberikan sumbangan pun, kerana kewujudan cahaya matahari menenggelamkan cahaya bulan.

Lupakan tentang novel dan sastera.



Bulan di waktu siang hari bukanlah suatu fenomena luar biasa. Cuma jarang diperhatikan (atau tidak diperhatikan langsung?). Bagaimana ia berlaku?

Ketika malam purnama (malam 14 atau 15 hijriyah), bulan mula terbit pada lebih kurang waktu matahari terbenam. Pada malam berikutnya, 16 dan seterusnya, bulan terbit lewat dalam lingkungan 1 jam daripada malam sebelumnya. Sebagai contoh: Pada malam 15, bulan terbit pada jam 19.23, pada malam berikutnya (malam 16) bulan terbit pada jam 20.18 pula. Malam seterusnya jam 21.15 misalnya. Fenomena ini menyebabkan bulan akan terbenam lewat dalam lingkungan 1 jam juga setiap hari. Justeru bulan mungkin terbenam pada 7.10 pagi 15hb, jam 8.05 pagi 16, dan 9.55 pagi 17.

Matahari juga mengalami perubahan waktu terbit terbenam setiap hari, namun perbezaannya hanya 1 minit sehari, atau 1 minit dalam 3 - 4 hari. Ini menyebabkan sudut pemisahan bulan dan matahari adalah besar dari hari ke hari.

Pagi ini, 14 Jun 2009, berdasarkan hitungan dari Balai Cerap, bulan terbit pada jam 23.38 (13 Jun) malam tadi, dan istiwa (transit) pada jam 5.43 pagi tadi. Bulan dihitung akan terbenam pada jam 11.50 pagi ini. Ketika gambar di atas dirakam (8.40 pagi), bulan berada pada ketinggian (altitud) lingkungan 45° dari aras ufuk.

Jika anda gemar memerhati langit, perbezaan terbit terbenam bulan lingkungan 1 jam sehari (lewat berbanding matahari) akan menyebabkan bulan pada pagi esok (15 Jun) jam 8.40 pagi, akan berada dalam lingkungan 60° dari aras ufuk. (360°=24 jam, maka 15°=1 jam)

p/s: petikan daripada unit falak ( www.falak.udm.edu.my )

Gerhana matahari 22 Julai 2009 ( Ahmad Taufan bin Abdul Rashid )


Fenomena gerhana matahari adalah suatu fenomena yang jarang-jarang berlaku iaitu satu kali atau dua kali dalam satu tahun kalendar. Gerhana matahari terbahagi kepada 4 jenis, iaitu gerhana penuh, gerhana annulus (cincin), gerhana hibrid (penuh+cincin) dan gerhana separa (sebahagian). Gerhana separa merujuk peringkat awal atau akhir suatu gerhana matahari, atau bahagian bumi yang masih dapat melihat gerhana, tetapi tidak akan dapat melihat gerhana matahari fasa penuh atau cincin.

Gerhana penuh matahari pada 22 Julai 2009 nanti merupakan gerhana yang paling lama untuk abad ke 21. Bill Kramer dalam laman webnya menyebut:

"The eclipse passes over the Chinese cities of Chengdu, Suining, Chonging, Wuhan, Xiaogan, Hangzhou, and Shanghai by which time the duration of the eclipse is over five minutes of totality. Leaving Shanghai the path continues into the ocean encountering islands such as Toshima and Akusaki south of Japan and eventually the Marshall islands.

The maximum eclipse duration of 6 minutes and 43 seconds occurs far off the coast in the Pacific Ocean."


Lokasi yang menjadi laluan gerhana penuh boleh dilihat pada rajah di bawah. Namun bagi penduduk Malaysia, mereka hanya berpeluang menyaksikan gerhana tersebut dalam fasa separa dalam peratus maksimum yang kecil antara 3% hingga 18% sahaja dari kebanyakan bandar-bandar utama di Malaysia.



Untuk memudahkan anda memerhatikan fenomena gerhana ini, jadual detik berlakunya fenomena gerhana bagi bandar-bandar utama di Malaysia telah disediakan. Sila lihat Lampiran A.

Lampiran A: Jadual Detik Berlaku Gerhana Bandar-Bandar Utama Di Malaysia

Dari Kuala Terengganu, formasi gerhana (13% maksimum) adalah seperti rajah berikut:-



Pastikan anda mengetahui cara selamat melihat gerhana matahari, seperti berikut:

1. Menggunakan penebat (penapis) alpha-hydrogen
2. Menggunakan penebat aluminium mylar
3. Menggunakan filem hitam putih (monokrom) yang telah didedahkan kepada cahaya dan telah diproses. Filem yang telah terdedah dan diproses akan menghasilkan lapisan perak yang melindungi mata daripada bahaya cahaya matahari.
4. Menggunakan kaca penebat (glass-filter) yang khusus untuk matahari
5. Menggunakan kaedah projection seperti lakaran di bawah. Teleskop atau binokular dengan tripod lebih sesuai digunakan.



6. Menggunakan kamera lubang jarum
7. Paling tidak, anda boleh memerhatikan bayang matahari pada tanah yang melalui celah celah dahan pokok. Anda mungkin dapat menyaksikan suatu yang cukup menarik. Boleh juga memerhatikan cahaya matahari yang melalui lubang kecil pada atap rumah anda yang menyinari lantai/dinding rumah. Perhatikan cahaya pada lantai/dinding tersebut. Anda mungkin temui sesuatu yang menarik.

Insya Allah.


p/s : petikan daripada unit falak ( www.falak.udm.edu.my )

Buat Ahli-ahli KASTRO..

Aktiviti KASTRO akan di update dari semasa ke semasa, silalah layari blog KASTRO dan facebook.

Lembaran Baru...

Assalamualaikum w.b.t

Selamat Maju Jaya kepada semua ahli-ahli MT dan EXCO KASTRO yang baru sahaja membuka lembaran baru untuk Sesi Pengajian Julai 09/10. Diharapkan korang dapat tanamkan azam baru bagi semester baru ni...yang mana dapat Dean List (DL) semester lepas, tahniah diucapkan dan bagi yang belum merangkul anugerah tu...tak ape, semester ni dan setersunya diharapkan usaha anda akan berterusan...Belajar molek-molek!!

Chayyok3x....!!!

Buat bakal-bakal graduan UDM

TAHNIAH diucapkan kepada bakal-bakal graduan Universiti Darul Iman Malaysia Kampus KUSZA.

Istimewa buat :


Mohd Hakim Ikram bin Awang Hassim
Muhd Fazuan bin Abu Bakar
Mohd Rashid bin Mansor
Mohd Firdaus Bin Abdullah
Abdul Mutallib
Mohd Faiz
Syarifah Nor Aida
Yusliza
Sarfa Alia
Nurul Khairun-Nisaa'
Wan Nor Syahira
Nurul Farhana
Suria Sa'amah
Izyan Farhana
Nor Adilah
Maizatul

semoga berjaya dalam bidang yg diceburi..

p/s: rindu kalian semua

Unit Falak + KASTRO

Kepada KASTRO members...

Unit Falak di jemput untuk menyertai pameran sempena majlis konvokesyen di UDM pada 12- 16 Julai 2009. Untuk pengetahuan semua, En. Roslan mencadangkan KASTRO menyertai Unit Falak. Jadi kepada semua Exco KASTRO anda diminta untuk bersedia danambil perhatian terhadap maklumat atau pesanan daripada Majlis Tertinggi KASTRO

-Harap Maklum-

Cerapan Hilal Rajab 1430H (En. Roslan Umar )

Salam.

Seperti biasa, setiap hujung bulan hijriyah, aktiviti cerapan hilal akan
dilaksanakan di Balai Cerap KUSZA, Merang sebagai salah satu aktiviti
rutin unit untuk kajian berkaitan. Rukyah dilakukan bersama dengan Jabatan
Mufti Negeri Terengganu.

Menurut hisab falak, ijtimak berlaku pada 23 Jun 2009 jam 3.36 pagi,
menunjukkan ketika matahari terbenam (maghrib) bagi Merang pada 23 Jun (29
Jamadil Akhir 1430), iaitu pada jam 7.24 petang, umur bulan (hilal) sudah
mencapai lebih 15 jam, meletakkan hilal pada petang tersebut dalam
kategori "wujud dan boleh kelihatan".

Berikut adalah parameter lain berkaitan hilal berkenaan:-

1. Bulan terbenam : 8.04 malam
2. Tinggi bulan ketika matahari terbenam : 7.7 degree
3. Lama atas ufuk (tempoh ghurub matahari ke ghurub bulan) : 40 minit
4. Peratus fasa cahaya : 0.7% (100% adalah purnama)

Bersama ini dikepilkan rajah posisi bulan dan matahari ketika maghrib
menggunakan Kalkulator Falak (web) dan Data Rukyah menggunakan Almanak
Falak terbitan JAKIM, yang memaparkan kedudukan bulan dan matahari setiap
minit dari 45 minit sebelum maghrib (6.40 petang) hingga 8.15 malam.

Maklumat ini digunakan untuk aktiviti rukyah pada hari tersebut.
Ahmad Taufan
PPT
Unit Falak
FKI UDM


www.roslanumar.blogspot.com
facebook ( Roslan Umar)

Program Sijil Falak Sesi Pengajian 08/09



Pada 10 Mei - 7 Jun 2009, Program Sijil Falak (Pelajar) -(PSF) sesi pengajian 08/09 selesai. Walaupun penyertaan hanya seramai 15 orang dan angka ini agak menurun dari PSF sebelumnya, namun perjalanan PSF masih tetap berjalan dengan jayanya.

Antara program2 yang dijalankan :

i ) Amali DiriSiap Teodolit, Perkarangan Blok G, UDM Kampus KUSZA
ii ) Amali Trabas di Kg Merang, Setiu (paling best!!!)
iii ) Praktikum Cerapan Anak Bulan JamadilAkhir 1430 H di Balai Cerap KUSZA, Merang, Setiu
iv ) Simulasi Mesyuarat Jawatankuasa Rukyah Kebangsaan (JRK)
v ) Kuliah teori (8:00am-5:00pm)
vi) Taklimat Aplikasi Perisian Komputer (Kalkulator Falak, AFS dll)



Terima kasih yang tak terhingga kepada pensyarah-pensyarah ; En Baharrudin, En Roslan, En Ahmad Taufan, En Syahril Hirman, En Rahim yang sudi bersama-sama kami sepanjang program dan mencurahkan ilmu yg xternilai pada kami..Moga Allah s.wt akan membalasnya..dan tak lupa juga pada Pak Hassan yang banyak membantu kami (tolong itu dan ini)...hehhe...insyaAllah lain tahun kita bertemu lagi....

untuk dapatkan gambar yg lebih menarik...lawati Kelab Astronomi (KASTRO UDM) di Facebook ..tq

Sijil Falak

Program Sijil Falak anjuran UDM adalah kesinambungan kepada Program Sijil Falak yang telah dimulakan sejak tahun 1991 oleh Unit Falak, Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) sebelum ini. Penawaran Program Sijil Falak ini adalah salah satu usaha Unit Falak memenuhi objektif UDM untuk melahirkan pemimpin dalam pelbagai bidang melalui rekayasa ilmu, menggalakkan keterbukaan, menanam sikap kebertanggungjawaban dan menghargai kepelbagaian demi manfaat manusiawi. Melalui program ini, peserta akan didedahkan dengan pelbagai aspek berkaitan ilmu falak dengan pengkhususan kepada bidang tugas sebagai pegawai falak di jabatan masing-masing. Pengkhususan ini dibuat berdasarkan latarbelakang peserta yang merupakan pegawai falak di Jabatan Mufti negeri-negeri. Peserta bagi sesi pengajian 2008/2009 kali ini datang dari Pejabat Mufti Negeri Sabah, Wilayah Persekutuan, Jabatan Mufti Selangor dan Perak. ( pautan : www.falak.udm.edu.my )

Kastro

Kelab Astronomi Universiti Darul Iman Malaysia ditubuhkan sejak Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin( KUSZA ). Pelbagai aktiviti yang telah dianjurkan oleh Kelab Astronomi Kusza pada masa itu yang mana ahli kelabnya terdiri daripada pelajar-pelajar elektif. Antara objektif penubuhan Kelab Astronomi adalah untuk menarik minat pelajar untuk mengetahui dan mendalami bidang Astronomi. Setelah pucuk pimpinan Kelab astronomi beralih arah, nama Kelab Astronomi pun berubah kepada Astronomy Club UDM ( ACU ) dibawah pimpinan saudara Mohd Hakim Ikram Bin Awang Hassim. Pada masa itu barisan Exco Astronomy Club UDM terdiri daripada 19 orang. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan seperti Lawatan Sambil Belajar ke Balai Cerap Melaka, Malaysian International Space Adventure ( MISA ) dan UIA, Majlis Iftar, Mencerap di Balai Cerap KUSZA, Program bersama Pejabat Mufti, Muktamar Kali Pertama dan banyak lagi. Pada masa ini juga motto Astronomy Club juga diperkenalkan iaitu " Mengenali Illahi melalui Astronomi" dan digunapakai sehingga sekarang. Kemudian pucuk pimpinan bertukar kepada saudara Mohd Rashid Bin Mansor dan pada masa ini juga penyertaan ahli terbuka kepada semua warga UDM. Pada 4 Julai 2008 secara rasminya panggilan Astronomy Club UDM ( ACU ) bertukar kepada KASTRO ( Kelab Astronomi ). Semasa di bawah pimpinan saudara Mohd Rashid Bin Mansor, pelbagai aktiviti yang telah dijalankan seperti Program Mentor Mentee di antara barisan Exco dan Ahli kelab, Majlis Sambutan Hari Raya, Mencerap di Balai Cerap KUSZA, Muktamar kali kedua, Program Hari Bersama Astronomi di Sek. Men. Sri Jengka dan banyak lagi. Kad Ahli KASTRO juga diperkenalkan. Pada awal tahun 2009, pucuk pimpinan KASTRO telah diambil alih oleh saudara Mohd Fazuan Bin Abu Bakar. Pelbagai aktiviti telah dijalankan dan dirancang. Antara aktiviti yang telah dijalankan seperti Majlis Solat Hajat untuk Palestin, Program Mentor Mentee di kalangan Majlis Tertinggi dan Exco Kelab, Bengkel Cerapan di Balai Cerap KUSZA, Mencerap Gerhana Matahari di Pulau Wan Man manakala aktiviti kelab yang bakal dijalankan seperti Konsert Amal Palestin dan Hari Bersama Astronomi di lima buah sekolah di sekitar Kuala Terengganu.