Istilah ini selalu ditemui dalam penulisan sastera, atau paling tidak, novel. Menggambarkan situasi seseorang yang tidak dipedulikan. Malah dilihat tidak memberikan sumbangan pun, kerana kewujudan cahaya matahari menenggelamkan cahaya bulan.
Lupakan tentang novel dan sastera.

Bulan di waktu siang hari bukanlah suatu fenomena luar biasa. Cuma jarang diperhatikan (atau tidak diperhatikan langsung?). Bagaimana ia berlaku?
Ketika malam purnama (malam 14 atau 15 hijriyah), bulan mula terbit pada lebih kurang waktu matahari terbenam. Pada malam berikutnya, 16 dan seterusnya, bulan terbit lewat dalam lingkungan 1 jam daripada malam sebelumnya. Sebagai contoh: Pada malam 15, bulan terbit pada jam 19.23, pada malam berikutnya (malam 16) bulan terbit pada jam 20.18 pula. Malam seterusnya jam 21.15 misalnya. Fenomena ini menyebabkan bulan akan terbenam lewat dalam lingkungan 1 jam juga setiap hari. Justeru bulan mungkin terbenam pada 7.10 pagi 15hb, jam 8.05 pagi 16, dan 9.55 pagi 17.
Matahari juga mengalami perubahan waktu terbit terbenam setiap hari, namun perbezaannya hanya 1 minit sehari, atau 1 minit dalam 3 - 4 hari. Ini menyebabkan sudut pemisahan bulan dan matahari adalah besar dari hari ke hari.
Pagi ini, 14 Jun 2009, berdasarkan hitungan dari Balai Cerap, bulan terbit pada jam 23.38 (13 Jun) malam tadi, dan istiwa (transit) pada jam 5.43 pagi tadi. Bulan dihitung akan terbenam pada jam 11.50 pagi ini. Ketika gambar di atas dirakam (8.40 pagi), bulan berada pada ketinggian (altitud) lingkungan 45° dari aras ufuk.
Jika anda gemar memerhati langit, perbezaan terbit terbenam bulan lingkungan 1 jam sehari (lewat berbanding matahari) akan menyebabkan bulan pada pagi esok (15 Jun) jam 8.40 pagi, akan berada dalam lingkungan 60° dari aras ufuk. (360°=24 jam, maka 15°=1 jam)
p/s: petikan daripada unit falak ( www.falak.udm.edu.my )

.png)
Kuala Terengganu Time
0 comments:
Post a Comment