Salam.

Seperti biasa, setiap hujung bulan hijriyah, aktiviti cerapan hilal akan
dilaksanakan di Balai Cerap KUSZA, Merang sebagai salah satu aktiviti
rutin unit untuk kajian berkaitan. Rukyah dilakukan bersama dengan Jabatan
Mufti Negeri Terengganu.

Menurut hisab falak, ijtimak berlaku pada 23 Jun 2009 jam 3.36 pagi,
menunjukkan ketika matahari terbenam (maghrib) bagi Merang pada 23 Jun (29
Jamadil Akhir 1430), iaitu pada jam 7.24 petang, umur bulan (hilal) sudah
mencapai lebih 15 jam, meletakkan hilal pada petang tersebut dalam
kategori "wujud dan boleh kelihatan".

Berikut adalah parameter lain berkaitan hilal berkenaan:-

1. Bulan terbenam : 8.04 malam
2. Tinggi bulan ketika matahari terbenam : 7.7 degree
3. Lama atas ufuk (tempoh ghurub matahari ke ghurub bulan) : 40 minit
4. Peratus fasa cahaya : 0.7% (100% adalah purnama)

Bersama ini dikepilkan rajah posisi bulan dan matahari ketika maghrib
menggunakan Kalkulator Falak (web) dan Data Rukyah menggunakan Almanak
Falak terbitan JAKIM, yang memaparkan kedudukan bulan dan matahari setiap
minit dari 45 minit sebelum maghrib (6.40 petang) hingga 8.15 malam.

Maklumat ini digunakan untuk aktiviti rukyah pada hari tersebut.
Ahmad Taufan
PPT
Unit Falak
FKI UDM


www.roslanumar.blogspot.com
facebook ( Roslan Umar)