Kelab Astronomi Universiti Darul Iman Malaysia ditubuhkan sejak Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin( KUSZA ). Pelbagai aktiviti yang telah dianjurkan oleh Kelab Astronomi Kusza pada masa itu yang mana ahli kelabnya terdiri daripada pelajar-pelajar elektif. Antara objektif penubuhan Kelab Astronomi adalah untuk menarik minat pelajar untuk mengetahui dan mendalami bidang Astronomi. Setelah pucuk pimpinan Kelab astronomi beralih arah, nama Kelab Astronomi pun berubah kepada Astronomy Club UDM ( ACU ) dibawah pimpinan saudara Mohd Hakim Ikram Bin Awang Hassim. Pada masa itu barisan Exco Astronomy Club UDM terdiri daripada 19 orang. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan seperti Lawatan Sambil Belajar ke Balai Cerap Melaka, Malaysian International Space Adventure ( MISA ) dan UIA, Majlis Iftar, Mencerap di Balai Cerap KUSZA, Program bersama Pejabat Mufti, Muktamar Kali Pertama dan banyak lagi. Pada masa ini juga motto Astronomy Club juga diperkenalkan iaitu " Mengenali Illahi melalui Astronomi" dan digunapakai sehingga sekarang. Kemudian pucuk pimpinan bertukar kepada saudara Mohd Rashid Bin Mansor dan pada masa ini juga penyertaan ahli terbuka kepada semua warga UDM. Pada 4 Julai 2008 secara rasminya panggilan Astronomy Club UDM ( ACU ) bertukar kepada KASTRO ( Kelab Astronomi ). Semasa di bawah pimpinan saudara Mohd Rashid Bin Mansor, pelbagai aktiviti yang telah dijalankan seperti Program Mentor Mentee di antara barisan Exco dan Ahli kelab, Majlis Sambutan Hari Raya, Mencerap di Balai Cerap KUSZA, Muktamar kali kedua, Program Hari Bersama Astronomi di Sek. Men. Sri Jengka dan banyak lagi. Kad Ahli KASTRO juga diperkenalkan. Pada awal tahun 2009, pucuk pimpinan KASTRO telah diambil alih oleh saudara Mohd Fazuan Bin Abu Bakar. Pelbagai aktiviti telah dijalankan dan dirancang. Antara aktiviti yang telah dijalankan seperti Majlis Solat Hajat untuk Palestin, Program Mentor Mentee di kalangan Majlis Tertinggi dan Exco Kelab, Bengkel Cerapan di Balai Cerap KUSZA, Mencerap Gerhana Matahari di Pulau Wan Man manakala aktiviti kelab yang bakal dijalankan seperti Konsert Amal Palestin dan Hari Bersama Astronomi di lima buah sekolah di sekitar Kuala Terengganu.